RnD Products



Produk R&D
Info : http://www.matrade.gov.my



1.      REKA NUTRITION SDN BHD



SYARIKAT :
REKA NUTRITION SDN BHD

SEKTOR :
MINYAK WANGI, MAKANAN


SASARAN UNTUK MEMPENGARUHI DERIA BAU DAN RASA
Manusia ada kala mengabaikan aroma dan rasa di dalam kehidupan seharian. Hakikatnya, kedua-dua deria ini secara langsung turut mempengaruhi deria yang lain. Aroma semula jadi merangsang rasa pastinya menggamit memori serta emosi si pemakai. Perasaan itulah yang mahu digarapkan oleh Reka Nutrition Sdn. Bhd. Melalui produk keluarannya.

Reka Nutrition Sdn Bhd yang bermula sebagai sebuah entiti perdagangan pada 1966, telah melalui proses transformasi dengan menceburi pembuatan formulasi rasa dan aroma bagi bahan makanan, perkakasan rumah dan penjagaan peribadi. Diformulasi daripada bahan-bahan terbaik, Reka Nutrition Sdn Bhd csecara berterusan melaksanakan fasa kawalan kualiti di setiap peringkat bagi memastikan produknya mengikut piawaian yang ditetapkan.
Rasa dan aroma yang meransang anda
Produk yang dihasilkan oleh Reka Nutrition Sdn. Bhd. ternyata mempunyai keunikan tersendiri boleh digunakan untuk aneka kegunaan. Sehubungan itu, syarikat ini amat menitikberatkan aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk membolehkan rasa makanan, wangian, ejen pengasapan, minyak pati herba asli, pengemulsi dan bahan kimia pewangi berkualiti dapat dihasilkan dan mematuhi piawaian antarabangsa. Usaha mereka turut telah menerima pengiktirafan HAACP, ISO 9001:2000 serta GMP menerusi produk yang dihasilkan. Malah, ia turut telah mempunyai Sijil HALAL yang dapat memastikan produk mereka boleh digunakan tanpa sebarang keraguan.

Reka Nutrition Sdn Bhd adalah di antara sebilangan kecil pengeluar wangian dan perisa di Malaysia. Namun begitu, pelanggan mereka terdiri daripada pengeluar barangan makanan, penjagaan rumah dan produk penjagaan peribadi bukan hanya di Malaysia, malah di serata pelusuk rantau Asia. Malah, mereka juga telah berjaya menembusi pasaran Australia yang mencabar dan mempunyai peraturan yang ketat untuk sektor ini. Namun atas dasar komitmen berterusan terhadap R&D, Reka Nutrition Sdn Bhd kini mampu menawarkan produk yang bersesuaian dengan permintaan setiap pelanggan mengikut pelbagai keperluan.

.
Perisa, Perasa dan Wangian Untuk Pasaran Dunia
Reka Nutrition Sdn Bhd berazam untuk terus komited meningkatkan kualiti aromaa dan rasa mengikut keperluan pelanggan. Dengan pelaburan yang tinggi untuk aspek R&D, Reka Nutrition Sdn Bhd telah membangunkan sebuah pusat penyelidikan dan pangkalan aroma dan rasa berdasarkan permintaan di pasaran Asia dan global. Penghasilan produk yang boleh disesuaikan untuk setiap individu setelah melalui proses standard ketat menjadikan jenama Reka Nutrition diterima dan dikenali di serata Asia dan seluruh dunia.

Melalui MATRADE, Reka Nutrition Sdn Bhd telah membawa produk yang dihasilkan ke peringkat global melalui penyertaan di pelbagai pameran perdagangan antarabangsa di seluruh dunia. Penyertaan tersebut memberi impak postif dan produk mereka berjaya perhatian daripada pelbagai sektor perdagangan terutamanya pengeluar makanan, produk kediaman dan penjagaan peribadi. Kejayaan ini mendorong Reka Nutrition Sdn Bhd untuk sentiasa bersedia menghadapi cabaran dalam memuaskan kehendak pelanggannya dan trend masa kini.



2.      Auto Friction Manufacturing Sdn Bhd


SYARIKAT :
AUTO FRICTION MANUFACTURING SDN BHD

SEKTOR :
PENGANGKUTAN


KUALITI BREK BERMUTU TINGGI
permintaan bagi kenderaan secara menyeluruh dan ini secara tidak langsung meningkatkan keperluan bagi sistem brek berprestasi tinggi. Peraturan baru yang lebih tegas perlulah sentiasa digubal untuk memastikan keselamatan dapat dicapai sepenuhnya dan juga peningkatan teknologi baru.

Kilang Pembuatan Bersepadu
Untuk mengatasi permintaan pasaran, pengeluar tempatan, Auto Friction Industries (AFI), bermula dengan pengeluaran pad untuk sistem cakera dan kasut brek kepada industri di kilang bertempat di Terengganu.

Produk mereka dihasilkan mengikut Sistem Pengurusan ISO:9001 untuk menjamin kualiti terbaik demi pemanduan berprestasi tinggi. Syarikat ini menawarkan formulasi rekaan khusus bagi setiap pelanggan. Kilang berintegrasi dimiliki syarikat ini turut membolehkan fleksibiliti dalam menghasilkan barangan mengikut permintaan. Syarikat beruntung memiliki kepakaran merekacipta dan keupayaan memesin, di bawah satu bumbung.

Pad Brek Mesra Alam
AFI baru-baru ini melancarkan rangkaian baru pad dan kasut brek yang diperbuat menggunakan serat larut bio yang mesra alam. Pembuatan dan butiran terperinci produk rangkaian baru ini telah dipuji Persatuan Peralatan Automotif Amerika selain mendapat Piawaian Industri Jepun. Semua produk AFI dibuat tanpa menggunakan asbestos – satu komponen biasa dalam pad brek yang membahayakan kesihatan dan memberikan kesan yang buruk kepada alam sekitar.

AFI menghasilkan brek bagi pelbagai pengeluar automotif ternama Eropah seperti Mercedes Benz, Volvo, BMW, Volkswagen, Citroen, Renault, Peugeot, Audi dan banyak lagi. Ia memulakan operasi pada tahun 1995 untuk membekalkan produk bagi Jepun seperti Toyota, Nissan, Mitsubishi, Honda, Mazda dan lain-lain sebelum menceburi pasaran tempatan untuk Proton, Perodua, Naza dan Inokom di Malaysia. Chery dari China juga merupakan salah satu daripada pelanggan mereka, selain Daewoo, Hyundai, Kia dan SsangYong dari Korea Selatan.

Nilai dan ciri-ciri hebat produk AFI mendapat pujian dan pengiktirafan Asia Pacific Super Excellent Brand Award daripada Gabungan Usahawan Asia selain Golden Bull Award dan Enterprise 50 Award. Di atas penghargaan diterima, objektif syarikat dalam jangka masa terdekat adalah untuk memastikan keluaran yang berkualiti tinggi dan mengembangkan sayap ke pasaran eksport yang mempunyai potensi besar.




3.      ItraMAS Corporation


SYARIKAT :
ITRAMAS CORPORATION

SEKTOR :
ELEKTRIK & ELEKTRONIK

PENJAGAAN ALAM SEKITAR DENGAN LAMPU LED
Diasaskan pada tahun 1999, ItraMAS Corporation merupakan peneraju utama dalam industri Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) ianya diiktiraf oleh Global Industry Analyst Inc. iaitu salah sebuah syarikat penyelidikan yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai sebuah syarikat yang efisien dan berdaya saing serta pemacu utama di peringkat global di dalam industri ITS. Inovasi diod pemancar cahaya (LED) syarikat ini diiktiraf di atas kualiti dan kepelbagaiannya di dalam pelbagai industri.

Syarikat ini menghasilkan sistem pencahayaan LED untuk kegunaan di rumah, komersial dan sektor awam. Melalui kepelbagaian permintaan ramai, ItraMAS telah berkembang menjadi pengilang OEM dan ODM bagi lampu kenderaan hasil daripada variasi produk yang ditawarkan.

Perkhidmatan lain yang turut ditawarkan ialah sistem lalu lintas pintar dan integrasi bagi sistem pengawasan .Ianya adalah daripada aktiviti Penyelidikan & Pembangunan (R&D) berterusan yang turut disokong oleh Sistem Pengurusan Aliran Lalu Lintas yang direka khas mengikut permintaan.Tambahan pula,terdapat kepelbagaian alat bantuan sistem pengangkutan yang menggunakan teknologi LED terkini.

Produk ItraMAS, i.tac™ Control Centre Software, adalah sebuah perisian bagi mempertingkatkan aspek keselamatan dan pengawasan melalui penyelarasan sistem tindak balas automatik terhadap sebarang situasi kecemasan. Produk ini juga boleh diolah mengikut kehendak pelanggan dan cukup fleksibel untuk penggunaan berskala besar seperti gudang, bangunan komersial, hub pengangkutan, majlis perbandaran dan juga sistem keselamatan dalam negeri.
Tenaga Mesra Alam
Terdapat pelbagai cabaran bagi memenuhi permintaan sumber tenaga yang semakin meningkat. Di antaranya ialah aspek keberkesanan, keperluan penghasilan bekalan baru dan pemeliharaan alam sekitar. ItraMAS telah melaburkan jutaan ringgit untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan sama ada di dalam syarikat ataupun bersama rakan-rakan akademik dan penyelidikan bagi menghasilkan sistem pencahayaan yang memberi kesan minima kepada alam sekitar. Oleh itu, sebuah jabatan baru ditubuhkan dinamakan Advanced Optics Laboratory di mana jabatan ini bertanggungjawab dalam meningkatkan mutu rangkaian produk sedia ada.

Penghasilan produk berprestasi tinggi telah dipatenkan dan telah menerima pensijilan antarabangsa daripada US Underwriter Laboratory (UL), Certified European Standards (CE) dan juga SIRIM. Kerjasama dengan syarikat peneraju industri yang lain seperti Cree turut diwujudkan dalam memastikan kemajuan industri percahayaan.

Jenama Tempatan Bertaraf Dunia
Pada tahun 2007, salah sebuah devisyen syarikat ini yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Digital Lighting Inc, telah disenaraikan sebagai rakan niaga Energy Star, iaitu salah satu pengiktirafan yang amat membanggakan bagi sebuah syarikat Malaysia berbanding syarikat antarabangsa yang lain.

Pengkomersialan produk ItraMAS telah berjaya membuka ruang bagi produk syarikat ini untuk dipasarkan di negara lain seperti Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Negara dari Timur Tengah dan juga sebahagian daripada rantau Asia. Antara pencapaian utama yang dikecapi oleh produk LED ItraMAC adalah apabila produk syarikat ini digunakan di Kota Larangan, Beijing, iaitu sebuah mercu tanda bersejarah yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Kegigihan dan usaha selama beberapa tahun akhirnya membuahkan hasil apabila syarikat ini memperolehi pengiktirafan daripada Jabatan Tenaga Amerika Syarikat dalam pertandingan ‘Lighting for the World’ pada 2003. Dengan keyakinan yang ada, ItraMAS kini menawarkan khidmat nasihat bagi produk khusus untuk projek lampu seni bina.

Produk pencahayaan ItraMAS kini digunakan di lebih daripada 17 buah negara merangkumi Arab Saudi, Emeriyah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Panama, Itali, Jerman, Perancis, Lubnan, Afrika Selatan, dan juga negara-negara Asia seperti Japan, India, China,Thailand, Singapura dan Taiwan. Melalui pembangunan dan kejayaan yang telah dikecapi,ItraMAS kini mengorak langkah mencari agen dan pengedar untuk mengembangkan pasaran teknologi mesra alam mereka ke negara lain.




4.      CONSOBIZ VENTURES SDN BHD



SYARIKAT :
CONSOBIZ VENTURES SDN BHD

SEKTOR :
BARANGAN KEPERLUAN BAYI

MENGGEMBIRAKAN GOLONGAN IBU SEJAK 1997
Consobiz Ventures bertanggungjawab menghasilkan produk khusus bagi penjagaan bayi. Bermula sebagai peniaga (trader) barangan ibu dan bayi pada 1984, Consobiz melebarkan sayap perniagaan dengan pengeluaran lampin berkualiti untuk pasaran umum sejak 1997. Perniagaan diwarisi keluarga ini menyasarkan pengeluaran lampin berkualiti untuk pelbagai jenis pasaran. Daripada jumlah pengeluaran untuk sekadar memenuhi permintaan dalam negara, lampin Consobiz kini boleh didapati di pasaran eksport, memberi pilihan kepada ibu bapa mendapatkan lampin berkualti pada harga yang berpatutan.

Consobiz Ventures bermula dengan kilang pertama di Klang yang menghasilkan lampin OEM yang dijual di bawah jenama pengeluaran lain (Bingo, Dryfirst, Pigeon, Pureen Dry5, Tesco Value dan Dryplus). Sejak itu, perniagaan Consobiz berkembang sehingga memiliki kilang di Johor dan Tanggerang berhampiran Jakarta, Indonesia. Kini, kilang Consobiz di Malaysia berupaya menghasilkan kira-kira 17 juta lampin sebulan, manakala di Indonesia antara 8 hingga 9 juta sebulan. Lampin ini dipek sebagai produk jenama Consobiz sendiri iaitu Lolla, Cozy Naps, Cumfy Dry dan Nappiez selain untuk OEM.

Keselesaan, Kualiti, Pada Harga Berpatutan
60 – 70 peratus daripada bahan yang digunakan dalam pembuatan produk Consobiz Ventures adalah produk tempatan, lantas mengurangkan kos penghasilan barangan. Proses pengeluaran syarikat mendapat pengiktirafan dari standard ISO:9001:2008, hasil keberkesanan dan keselamatan yang dipraktikkan. Semua produk dihasilkan dengan menitikberatkan kebersihan selain dipek dengan teliti bagi memastikan bayi menggunakan lampin dengan selesa tanpa sebarang jangkitan.

Pasaran produk Consobiz Ventures kini berkembang ke negara ASEAN lain, selain India, kepulauan Pasifik, Afrika dan Eropah, Pengurusan syarikat berusaha untuk kapasiti menambah pengeluaran mereka untuk pasaran dalam dan luar negara. Syarikat ini juga menyasarkan pembinaan lebih kilang-kilang baru di India dan Afrika demi memenuhi permintaan pasaran yang tinggi untuk produk mereka. Consobiz Ventures sentiasa bersedia menceburi pasaran baru dan meluaskan lampin berkualiti tinggi berharga berpatutan yang dihasilkan.




5.      LKL ADVANCE METALTECH SDN BHD


SYARIKAT :
LKL ADVANCE METALTECH SDN BHD

SEKTOR :
KESIHATAN

INOVASI DALAM PENJAGAAN KESIHATAN
LKL Advance Metaltech Sdn Bhd. merupakan pengeluar utama bagi perkakasan perubatan di Malaysia yang bertanggungjawab memberikan penyelesaian kepada industri kesihatan. Syarikat ini mempunyai kepakaran khusus di dalam pelbagai jenis produk seperti katil hospital, troli pemindahan pesakit, meja bayi, pedati rawatan perubatan, alat sokongan perubatan dan rekaan bagi produk keluli / kayu. 


Memastikan Penjagaan Kesihatan yang Selamat dan Selesa

Produk yang ditawarkan oleh LKL Advance Metaltech telah dikenali dengan kualiti yang cemerlang dan diperkukuhkan dengan khidmat selepas jualan yang dipercayai. Ini membolehkan syarikat mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan dari seluruh negara. Syarikat ini menerapkan falsafah peningkatan berterusan dengan meletakkan pelanggan sebagai keutamaan. Kejayaan diperolehi telah membolehkan syarikat ini menjadi penanda aras untuk perbandingan kepada syarikat lain di dalam aspek kualiti, kecekapan dan kepuasan pelanggan.

LKL Advance Metaltech juga menawarkan pelbagai kelengkapan hospital yang tahan lasak dan selesa, untuk digunakan di wad, bilik pembedahan, pejabat perubatan, pusat penjagaan neonatal dan makmal klinikal serta pusat penjagaan khusus dan geriatik lain.

Kepentingan Memahami Pelanggan

Industri penjagaan kesihatan merupakan sebuah industri yang mempunyai daya saing yang tinggi. Oleh itu, mengenalpasti pelanggan berpotensi adalah penting agar segala keperluan pasaran dapat dipenuhi dengan sebaik mungkin. Kepentingan memenuhi kehendak pelanggan merupakan satu keutamaan meskipun syarikat harus sentiasa menaik taraf produk agar pelanggan sentiasa menerima perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi.

Proses pembuatan syarikat ini mematuhi syarat-syarat pensijilan yang ketat daripada lembaga pensijilan terkemuka dari Jerman, TUV Rhineland Groups dan membolehkan LKL Advance Metaltech dianugerahkan Sijil ISO 9001:2000 dan ISO 13485:2003. Penganugerahan ini merupakan hasil dari kerja keras syarikat bagi memastikan kualiti keluaran mereka sentiasa berada di tahap yang tinggi. Ini membuatkan LKL Advance Metaltech berbangga disenaraikan bersama-sama syarikat antarabangsa lain yang dikenali dengan kualiti yang unggul.

LKL Advance Metaltech menerima pelbagai pengiktirafan seperti Majikan Dinamik dan Industri Kecil Sederhana Terunggul daripada Perdana Menteri Malaysia selain Golden Bull Award dan Malaysia Independence Award.

Produk penjagaan kesihatan LKL Advance Metaltech kini boleh didapati di hospital dan pusat kesihatan lebih daripada 41 buah negara meliputi Asia, Eropah Barat, Afrika, Ocenia dan benua Amerika. Para pelanggan boleh memastikan bahawa mereka akan menerima produk yang dihasilkan untuk ketahanan dan berprestasi tinggi serta khidmat selepas jualan yang cemerlang tanpa mengira di mana pelanggan berada.


---------------------------------------------------------------------



6. PERNIAGAAN WARISAN USAHA




Maklumat Syarikat
Pegawai Perhubungan:
Hajjah Jumaidah bt Tawil

No.Tel: 0331878332
No.Fax: 0331813620
E-mel: dnw_warsan@yahoo.com.my

Produk:

Menjual pelbagai kerepek, bahulu dan kuih raya.

Alamat:
Lot 1455 Km1,
Jalan Sungai Lang, Kancong Darat,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.



Aneka Pilihan Bahulu

Kami adalah pengusaha & pemborong Produk makanan halal, bercirikan makanan Snek Tradisional Malaysia. Pelbagai jenis Bahulu, Rempeyek, Tumpi, Dodol & kerepek dari sumber tanaman desa seperti ubikayu, pisang, sukun dan keledek. Bahan mentah yang berkualiti dari ladang terpilih digunakan dan diproses terus sebaik tiba dari ladang. Adunan bahan campuran dan rempah ratus terpilih masih mengekalkan resepi tradisi turun-temurun.



Masih mengekalkan tradisi dalam proses pembuatan.


Anika Bahulu:
Bahulu Lapis- pelangi / coklat
Bahulu Gulung / Cermai / Ikan



Aneka Kerepek:
Kerepek Ubi masin
Kerepek Ubi Pedas Kering / basah
Kerepek Ubi Berperisa BBQ / Lada Hitam
Kerepek Pisang Masin / Manis
Kerepek Bawang
Kerepek Sukun




Aneka Snek Tradisional:
Emping Belinjau
Jejari Udang
Tumpi Kacang Dhal / Hijau
Rempeyek
Muruku
Bijan
Popiah Simpul / Gulung
Batang Buruk
Kuih Ros
Kuih Sepit




Aneka Biskut Raya Tradisional / Moden:
Almod London
Tart Nenas / Gulung
Dan Pelbagai Pilihan Lagi...

Rujukan : http://baulukerepekwarisan.blogspot.com


7. SYARIKAT MUDIM SDN BHD




Maklumat Syarikat:

Syarikat Mudim Sdn Bhd

Produk:

Menjual produk beasaskan bahan mentah seperti sos, kicap dan cuka.

Alamat Perniagaan:

Kampung Jelutong,
Mukim Tobiar,
06700 Pendang,
Kedah Darul Aman, Malaysia.

No. Tel: 04-7846270
No. Faks: 04-7846628

Perniagaan Mudim Zakaria ( MUDIM ) telah diasaskan oleh Tuan Haji Zakaria Bin Arshad yang juga dikenali sebagai Mudim Zakaria. Bermula dengan perniagaan ubat-ubatan tradisional secara kecil-kecilan di kampung, perusahaannya bertambah maju dengan usaha gigih yang dilakukannya. Kemudiannya pada tahun 1987, beliau berjaya menambah barisan keluaran produknya dengan menjadi pengeluar kicap dan sos. Perkembangan dan kemajuan MUDIM juga turut dibantu oleh kesungguhan anak beliau iaitu En. Shaarani Bin Zakaria yang kini telah dipertanggungjawabkan mengambil alih pengurusan syarikat.

En. Sharaani Bin Zakaria merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik. Beliau dilahirkan pada 8 Oktober 1960 di Kampung Jelutong, Mukim Tobiar , Pendang, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusuh, Pendang, Kedah, kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Pendang, Kedah dan beliau berjaya lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Setelah itu, beliau menamatkan pengajian tingkatan enam di Sekolah Persatuan Belia Bimbingan.
Di awal usia 20-an, En. Shaarani telah menceburkan diri dalam dunia perniagaan dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada bapanya. Walupun ketika itu hanya perniagaan keluarga yang diusahakan secara kecil - kecilan, beliau tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukannya. Beliau begitu komited terhadap setiap kerja yang dilakukan  dan berazam untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Melihat keyakinan dan kesungguhannya yang mendalam terhadap  pengeluaran kicap dan sos, bapanya memberi beliau galakkan dan sokongan sepenuhnya untuk mengembangkan perusahaan tersebut. Bagi memantapkan diri beliau dalam dunia perniagaan, beliau begitu komitmen menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh pihak yang berkenaan seperti MARDI, MARA, MADA, FAMA dan SIRIM.

Bagi memantapkan lagi produk MUDIM di dalam pasaran, En. Shaarani telah menyertai beberapa ekspo produk makanan anjuran pihak-pihak yang berkenaan. Antaranya Ekspo MIHAS di Melaka, Ekspo IAT di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur dan Ekspo MAHA di Serdang, Selangor. Kesan daripada itu, permintaan terhadap produk keluaran MUDIM semakin meningkat. Permintaan kepada produkMUDIM bukan sahaja dari pasaran tempatan malah dari pasaran luar negara juga. Ini membuktikan En. Shaarani telah berjaya meletakkan jenama ‘MUDIM’ di pasaran global.
Berkat doa restu daripada ayah dan bonda tercinta, keluarga tersayang dan seluruh wargaMUDIM yang gigih berusaha, kini En. Shaarani merupakan usahawan bumiputera yang berjaya menjadi pengeluar kicap, sos, dan cuka. Beliau juga berjaya meletakkan jenama ‘MUDIM’sebaris dengan pesaing yang lain di pasaran. Walaupun begitu beliau masih tekun berusaha memajukan perniagaannya dan berazam untuk menjadi pengeluar kicap dan sos terunggul di Malaysia.

MUDIM KICAP ISTIMEWA
415g x 12 botol = RM22.00
800g x 12 botol = RM41.00

PRODUK KELUARAN MUDIM
Syarikat MUDIM menawarkan pelbagai barangan atau produk yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan dalam pelbagai saiz yang mengikut keperluan pengguna. Antara produk keluaran MUDIM ialah Kicap Istimewa, Kicap Manis, Kicap Lemak Manis, Sos Cili dan Cuka Buatan.

BAHAN MENTAH
Produk utama yang dikeluarkan oleh Syarikat MUDIM adalah kicap, sos, dan cuka. Oleh itu, syarikat MUDIM mendapat pembekal utama dari Pulau Pinang yang membekalkan bahan mentah untuk pengeluaran produk MUDIM. Bahan mentah yang digunakan oleh syarikat MUDIM adalah seperti soya, caramel, gula, garam tepung, bahan pengawet dan perisa makanan yang dibenarkan. Hubungan yang baik dengan pihak pembekal menyebabkan syarikat MUDIM tidak mempunyai masalah mengenai bahan mentah dan hantaran bahan mentah akan sampai pada waktunya.
Bahan mentah biasanya akan dihantar seminggu sekali mengikut keperluan operasi agak stok tidak terlalu banyak atau tidak terlalu sedikit. 



Keadaan ini adalah untuk megelakkan kerugian akibat lebihan stok. Pengurusan operasi syarikat MUDIM agak cekap dan mampu membahagikan tugas kepada pekerja yang boleh melakukannya dengan baik. Oleh itu. Hasil pengeluaran produk MUDIM dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Keuntungan yang diperolehi meningkat dari tahun ke tahun berikutnya membolehkan syarikat MUDIM mengubahsuai kilang dan memperluaskan kilang agar operasi lebih banyak dapat dijalankan.

Rujukan:


8. Bet Farms Co

Maklumat Syarikat:
Best Farms Co.

Pegawai Perhubungan:
Tuan Hj. Muhammad Abdullah

Produk:
Herbal Plants, Herbal Extract, Raw Herbs, Herbal Beverages And Packaging Services For Herbal Products  

Alamat Perniagaan:
Lot  36B, Kg. Sri Indah B, 
Depan Surau Nurul Iman,
47000 Sungai Buloh,
 Selangor Darul Ehsan.



Best Farms Co ialah sebuah syarikat biotech yang mempunyai 30 tahun pengalaman dalam pembekalan herba. Di tubuhkan pada 1973, syarikat ini telah berkembang pesat.
Dengan permulaan sebagai pembekal kambing, syarikat ini bukan sahaja pembekal haiwan ternakan dan kini telah menjadi pembekal herba No 1 di  Malaysia. Syarikat turut membekal kepada multinational, industry kecil dan sederhana (IKS). Syarikat turut membekalkan dalam bentuk ricingan, serbuk dan serbuk. Produk utama syarikat ialah Kacip Fatimah (Labisia pumila) , Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Misai Kucing (Orthosiphon stamineus) . Syarikat juga menjual Mas Cotek (Ficus deltoidea) , Pegaga (Centella asiatica) , Hempedu Bumi (Andrographis paniculata) dan lain lain.
Kami mempunyai Sijil Analisis (Certificates of Analysis) bagi produk kami untuk memastikan kesesuaian dan selamat untuk penggunaan pelanggan kami. Produk kami dijamin berkualiti dan kami memberikan kemudahan kepada  anda untuk membuat pilihan dalam menentukan keperluan kesihatan yang abadi.

KacipFatimah(labisiapumila)
Khasiat / kegunaan:
• Merapatkan Saluran Rahim
• Mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi  
  WANITA
• Meningkatkan fungsi SEKSUAL
• Mencegah pembiakan sel prakanser
• Menangani masalah keputihan
• Masalah angin kerana ianya anti-flatulence 
   iaitu membantu membuang angin berlebihan di 
   dalam badan.
• Merangsangkan pengeluaran hormon yang 
  dapat melancarakan perjalanan darah dan 
  kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan 
  sakit senggugut ketika haid.

MisaiKucing(Orthosiphon)
Khasiat / Kegunaan:
•Merawat penyakit KENCING MANIS
•Memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang
•Membantu mengelakkan penyakit batu karang
•Membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan (asid urik-penyebab gout, athritis dan reumatik)
•Kandungan saponin dan tanin pada daun boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami wanita
•Mengurangkan kolesterol dan tekanan darah
•Merawat masalah hati
•Menghalang dan mengurangkan pembentukan penyakit kanser
•Meransang sistem imunisasi. Berperanan dalam pembentukan dan
memperbaiki tisu

Tongkat Ali(Eurycomalongifolia)


Khasiat / kegunaan:
•Menambah stamina badan
•Meningkatkan fungsi anggota seksual terutama LELAKI
•Tonik dan peredaran darah
•Menurunkan DARAH TINGGI
•Membuang racun dalam tubuh
•Batuk Kering / Kencing Manis / Sakit Tulang / Penyakit Kelamin
•Keputihan


Mascotek(Ficusdeltoides)



Khasiat / Kegunaan: 
• Membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.
• Sebagai tonik kaum wanita dan sering digunakan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal serta mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.
• Merawat sakit paru-paru berair, kencing manis, buasir, darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit dan meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.
• Membantu mengatasi masalah-masalah berkaitan kaum wanita seperti keputihan dan membantu menambah tenaga.
• Lain-lain : mengeluarkan toksin dalam badan
• Melancarkan perjalanan darah
• Sakit urat saraf
• Gout
• Kencing manis
• Darah tinggi
• Membuang kolestrol dan lemak
• Buasir
• Migraine /sakit kepala
• Paru-paru berair
• Pemulih tenaga batin
• Sakit puan
• Senggugut
• Sakit pinggang
• Keletihan
• Masalah tidur
• Rangsangan hormon lelaki
• Mengecutkan rahim peranakan
• Merapatkan pintu rahim
• Sakit lutut
• Mencantikkan dan melicinkan kulit
• Demam/ selesema




9. Nurul Food Industry Enterprise



Ia bermula dari rumah dan maju setapak apabila berjaya menyewa kilang kecil bersama usahawan lain sebelum mengukuhkan kedudukan dengan beroperasi di kawasan industri kecil dan sederhana (IKS) di Demak Laut Industrial Park, di sini.
Bunyinya cukup mudah. Namun bagi pemilik Nurul Food Industry, Salmah Ajis, perkembangan perniagaannya itu menuntut pengorbanan besar serta kecekalan yang tinggi dalam berdepan dengan apa jua cabaran.
Walaupun sekadar berpendidikan sehingga tingkatan lima dan langsung tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai perniagaan, ibu tiga anak ini menyahut cabaran untuk mengukuhkan ekonomi keluarga bermula pada Ogos 1999.
Selepas 12 tahun, beliau kini boleh tersenyum melihat produknya berjaya mendapat tempat di pasaran tempatan seperti kedai runcit, pasar, sekolah dan pasar mini serta pasar raya.
Ditemui di kilangnya baru-baru ini, Salmah yang merupakan ahli Persatuan Nelayan Asajaya/Semera berkata, apabila permintaan semakin meningkat, beliau mendapatkan bimbingan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk meningkatkan pengeluaran.
Katanya, beliau mendapat bantuan Geran Peralatan Projek Berimpak Tinggi (HIP) pada 2009 dan setahun selepas itu menerima bantuan RM30,000 untuk membesarkan perusahaannya.
“Bantuan yang diterima pada 2008 serta program mempelbagai serta menambahkan pendapatan pada 2009 selain dinaik taraf kepada HIP oleh LKIM pada tahun yang sama telah membolehkan saya menghasilkan produk berasaskan isi ikan dan sos cili,” katanya.
Antara produk yang turut dihasilkan oleh Nurul Food Industry ialah sos cili ikan tahai, sos cili udang, sos cili, sos tomato, cili boh, kuah rojak dan surimi.
Urus niaga perusahaan itu mencecah antara RM200,000 dan RM300,000 setahun, sekali gus melayakkan beliau mendapat tempat pertama Anugerah Usahawan Jaya sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Sarawak 2011 di Bintulu, baru-baru ini.
Kejayaan itu merupakan pengiktirafan kepada Salmah sebagai seorang usahawan berjaya yang menjadi contoh serta model bagi usahawan kecil lain yang mengimpikan kejayaan serupa.
Berkongsi pengalamannya dalam dunia keusahawanan, Salmah berkata, seorang usahawan perlu mempunyai sifat dan nilai seperti berani mengambil risiko, berfikiran terbuka dan inovatif.
Katanya, mereka juga mestilah berfikiran luas dan bertindak dengan cekap serta berupaya membuat keputusan dengan cepat dan berkesan.
“Semua sifat ini perlu ada dalam diri seseorang usahawan dan sikap tidak mudah mengalah adalah kunci kepada kejayaan saya,” katanya.
Di sebalik kejayaannya dalam bidang perniagaan itu, Salmah juga tidak terlepas daripada berdepan dengan pelbagai ujian dan kesukaran.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak berputus asa dan sebaliknya menjadikan kesukaran itu sebagai panduan dan pengajaran untuk melakar lebih banyak kejayaan dalam perniagaan.
“Saya pernah ditipu oleh pembekal sehingga mengalami kerugian RM25,000, jumlah yang besar bagi usahawan kecil seperti saya .
“Saya juga pernah ditipu pembeli yang membeli menggunakan kaedah runcit tetapi produk yang diambil tidak dibayar walaupun selepas habis dijual,” katanya.

Rujukan: 
  1. http://iksprofile.blogspot.com/2012/06/nurul-sos.html
  2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm


10. Pembekal Kacang Putih Terkenal Buntong Ipoh

 

 

Pembekal Kacang Putih Terkenal Buntong Ipoh, menjadi satu-satunya kawasan industri kecil sederhana kacang putih terbesar di Malaysia.  Lubuk Kacang putih ini terletak di Ipoh perak, juga bukan hanya makanan oleh masyarakat India, malah ia turut menjadi kegemaran masyarakat Melayu dan Cina. Boleh dikatakan ia merupakan makanan ringan ‘1 Malaysia’ pusat Kacang di Perak dan terkenal. siapa tak kenal Perniagaan Kacang Putih S. R. Oleh itu, satu pembaharuan perlu dilakukan dengan kadar yang segera agar industri ini terus berkembang dengan lebih pesat, sekaligus, meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri. Demikian yang dinyatakan oleh Pengarah Perniagaan Kacang Putih S. R. Ipoh, C. Ratnasami Nadar ketika ditemui oleh Peraknews di Kedai Perniagaannya di Buntong, Ipoh, pagi tadi. “Industri kacang putih ini telah lama wujud di perak, tidak silap saya lewat tahun 1940 apabila enam keluarga telah berhijrah dari India Selatan untuk menetap di Ipoh.


“Dari situ bermulalah transformasi dan pertumbuhan perniagaan kacang putih.

“Ia bermula secara menjaja dan kini seperti yang anda boleh lihat telah wujudnya kedai-kedai dan kilang memproses kacang di sini,” katanya. Beliau yang kini berumur 65 tahun berkata, minat untuk menceburi bidang perniagaan kacang putih ini mula terbit seawal umur beliau 10 tahun lagi. Sementara ayahnya menjual kacang putih di kantin sekolah, beliau akan menjunjung bakul yang dipenuhi dengan kacang putih untuk dijual di jalanan.

“Untuk pengetahuan, perniagaan kacang putih ini, perniagaan keluarga, kami telah melakukannya secara turun-temurun. “Saya sendiri mula tertarik dengan perniagaan ini sejak berumur 10 tahun lagi. “Setiap hari saya akan menjunjung bakul yang berisi kacang putih untuk di jual di tepi-tepi jalan. “Kesusahan dan beratnya bakul yang dijunjung itulah yang memotivasikan diri saya untuk terus maju ke hadapan,” terangnya. Isteri beliau, K.Sarasvathi, 50 yang duduk bersebelahan suaminya sentiasa memberikan senyum turut menjelah perbualan kami.

“Suami saya seorang yang cekal, dari menjunjung dulang dan berjalan kaki, dia telah berusaha gigih untuk membeli basikal, kemudiannya motorsikal, van dan kini kami telah mempunyai kilang memproses kacang putih sendiri serta kedai menjual kacang putih juga,” celah isterinya. Kilang pemprosesan kacang putih itu menghasilkan lebih daripada 36 jenis kacang setiap hari, antaranya ialah pakoda, sivel, dhall, Aulu, poori, pakoda srilanka, omom dan kadalai.

Selain itu, C. Ratnasamy turut memberitahu kedainya turut menjual manisan tradisional masyarakat Indian seperti laddu, jalebi, athirasam dan mysore pagu. Katanya, kacang putih yang disediakan oleh mereka dijamin tahap kebersihannya dan pegawai kesihatan daripada Majlis Bandaraya ipoh juga sering kali melakukan pemeriksaan.

Sehubungan dengan itu, kacang putih yang dijualnya sentiasa mendapat sambutan ramai. Malah harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan iaitu serendah RM6 hingga RM14 sekilo. Tambah beliau lagi, saingan yang wujud dalam perniagaan menjual kacang putih di Kampung Kacang Putih ini sihat kerana setiap peniaga mempunyai rahsia resepi keluarga yang tersendiri.

Justeru itu, pelanggan-pelanggan mereka juga kebanyakkannya adalah terdiri daripada pelanggan tetap. “Sudah tentu adanya saingan dalam setiap perniagaan. “Tetapi apa yang bagusnya ialah saingan itu adalah saingan yang sihat. “kami semua telah pun mempunyai pelanggan tetap sendiri. “Saya sendiri juga telah memperluaskan skop perniagaan dengan mengeksport produk kami ke luar negara seperti ke Australia, New Zealand dan China,” terangnya.

Katanya, buat masa ini masalah yang dihadapi oleh semua peniaga kacang putih di Buntong ialah kekurangan kakitangan ataupun pekerja. Golongan muda tempatan dilihat tidak berminat untuk bekerja dalam bidang memproses dan membekal kacang putih. Oleh itu, mereka terpaksa mengambil pekerja warga asing untuk membantu mereka menjalankan perniagaan.

Sesiapa yang berminat untuk mencuba atau membeli kacang putih keluaran Perniagaan Kacang Putih S. R. Ipoh boleh hubungi Puan Sarasvathi di talian 05-2533908 atau emelkan ke aru6sr@yahoo.com.
Sekiranya anda berada di berada di Bandaraya Ipoh, boleh terus membeli kacang putih tersebut di alamat No.23, Jalan Sungai Pari, Kampung Kacang Putih , Buntong, 30100, Ipoh, Perak yang dibuka seawal jam Sembilan pagi hingga 6 petang.

Terdahulu, Setiausaha Persatuan Perdagangan Masyarakat Indian, B. K. Kumar meminta agar pihak kerajaan memasukkan Kampung Kacang Putih dalam kalender pelancongan negeri agar para pelancong luar negara tahu kewujudan kampung tersebut yang terkenal dengan kacang putihnya.Katanya, surat permohonan telah pun diberikan kepada Pengarah Pelancongan Negeri, dan sedang menunggu jawapan dari pihak yang bertanggungjawab mengenainya.